Taklimat Penerangan Cadangan Kerjasama NADI dan JAPEN

17 Januari 2025 | Aktiviti Terkini

16 Januari 2025, Khamis – Taklimat mengenai cadangan kerjasama antara pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menerusi rangkaian semua NADI di seluruh Malaysia dan Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN) telah diadakan secara dalam talian menggunakan Webex kepada petugas NADI seluruh Malaysia.
Taklimat dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh wakil JAPEN. Seterusnya, program diteruskan dengan taklimat Penerangan Cadangan Kerjasama NADI dan JAPEN daripada Pejabat Penerangan Daerah (PPD) dan Komuniti MADANI oleh En. Azahari Osman, Ketua Jabatan NADI.

Akhir sesi adalah sesi soal jawab bersama mengenai isu yang berkaitan. Wakil Pejabat Negeri MCMC, DUSP dan Rakan Teknologi (TP) juga dijemput untuk turut serta dalam sesi taklimat ini bagi memastikan semua pihak menerima maklumat sewajarnya berhubung kerjasama NADI yang melibatkan Pejabat Penerangan Daerah (PPD) di setiap negeri dan Komuniti MADANI setempat. Taklimat tersebut bermula pada jam 10.00 pagi hingga 11.30 pagi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas